TABIKA KEMAS (F) AIR TAWAR 3
Wednesday, June 22, 2011
Tuesday, June 21, 2011
OBJEKTIF
Objektif
- Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten,      berdaya saing dan berdikari;
 - Memantapkan   perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek      dan rohani serta   menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di      bawah 6   tahun; dan
 - Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.
 
Monday, June 20, 2011
KEMAS : Jabatan Kemajuan Masyarakat
Misi
- Meningkatkan  kompetensi masyarakat luar bandar supaya      mampu berdikari untuk  meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan,      sosial dan  ekonomi;
 - Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan      niali-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang;
 - Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang      berkualiti;
 - Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang      berkualiti;
 - Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan
 
- Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.
 
Peranan
- Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan      masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari;
 - Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap      anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;
 - Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi      menjayakan matlamat kerajaan dan negara; dan
 - Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembangunan negara
 
Strategi
- Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam      Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
 - Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran      mengikut tuntutan semasa.
 - Penglibatan  secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain      Agensi Kerajaan,  Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam      usaha  membangun Masyarakat Luar Bandar.
 - Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.
 
Falsafah Pembangunan Luar Bandar
Falsafah  Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk luar  bandar melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar  satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan.
       Ianya harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis,  meningkatkan      pengetahuan dan kemahiran di kalangan kumpulan sasar  untuk menggunakan faktor masa, sumber alam dan pengetahuan ke tahap  optima.
Dengan  demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa  cemerlang dan dalam keredhaan Tuhan. Dari dimensi ini falsafah  pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia  oleh manusia. Instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumur  hidup.
Teras Falsafah
Berasaskan  pembangunan manusia itu sendiri, kerana manusia akan dapat menggunakan  faktor masa dan sumber ke tahap paling optima supaya kadar pembangunan  ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarganya sentiasa dalam tahap  kecemerlangan.
Subscribe to:
Comments (Atom)